Dimsum Kukus berintikan ayam. Resepi pasti sedap dan enak!

Percubaan pertama membuat Dimsum ni dan Alhamdulillah menjadi dengan cemerlag. Sedap sangat. Memang teringin sangat nak cuba buat, dah lama simpan resepi dari Adam Corrie ni. Saya juga pertama kali mengelim dimsum ni. Kalau tak berapa comel harap dimaafkan la rupanya tu ye. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Norfazida Gda. Selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk membuat kulit dimsum:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan tepung ubi.
  • 1/2 cawan ditambah 1 sudu besar air panas mendidih.
  • 1/4 sudu kecil garam.
  • 1/2 sudu besar minyak masak.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan tepung gandum, tepung ubi, garam dan minyak masak. Gaul sebati. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil digaul sebati. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan. Rehatkan doh selama 20 minit.
  2. Taburkan tepung pada papan pencanai. Canai doh senipis yang boleh. Tekapkan acuan atau penutup balang berbentuk bulat ke atas doh hingga mendapat doh bentuk bulat. Atau boleh bulat-bulatkan doh dah canai satu persatu bentuk bulat.
  3. Ambil satu doh yang telah dicanai. Letakkan sedikit inti dan kelim dengan kemas mengikut bentuk yang dikehendaki. Buat hingga selesai semua doh.
  4. Kukus doh dimsum selama 10 hingga 15 minit.  Dan siap dimsum ayam kita ni.
Baca juga :  Cara membuat Dimsum daripada Kulit Popia

Bahan-bahan untuk inti dimsum:

  • 300gm daging ayam kisar.
  • Daun bawang dihiris halus.
  • Sayuran pilih yang anda suka. Saya guna cendawan.
  • Sedikit serbuk lada hitam dan Sedikit garam.
  • 1/4 cawan tepung jagung.

Cara-cara menyediakan inti dimsum:

  • Campurkan semua bahan, gaul hingga sebati. Sedia untuk digunakan sebagai inti dimsum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.