Nak tomyam anda lebih sedap daripada biasa? Pes tomyam homemade ini adalah rahsianya!

Pes tomyam saya dah habis kat rumah ni. Jadi apa lagi google resepi dan try buat sendiri la .Tengok bahan-bahan pun mudah dan ada kat rumah ni. Siap juga akhirnya. Mak mertua suka sangat buat tomyam. Jadi kita sediakan pesnya supaya next time mudah nak buat tomyam lagi. Bila dah siap kita isikan dalam botol pes tomyam yang lama. Nampak macam beli kan. Cara membuat Pes Tomyam ini telah dikongsikan oleh Puan Mazah Dollah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 biji bawang besar.
  • 10 ulas bawang merah.
  • 7 ulas bawang putih.
  • 2 senduk cili kering kisar.
  • 3 inci lengkuas.
  • 6 batang serai.
  • 3 sudu besar udang kering.
  • 1/2 cawan ikan bilis.
  • 10 helai daun limau purut.
  • 4 inci belacan dibakar.
  • 3 sudu besar sos ikan.
  • Air asam jawa, jus limau, gula & garam secukupnya.
Baca juga :  Cara Untuk Membuat Kimchi

Cara-Cara untuk membuatnya:

  1. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air.
  2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa, jus limau nipis ,sos ikan ,garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak dan menjadi pes.
  4. Sejukkan dan simpan di dalam botol kaca atau balang kecil . Perencah boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Dah siap pes kita. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.