Resepi dan Cara membuat Ikan Bawal 3 Rasa

Menu hari ni “Bawal 3 Rasa”. Saya share resepi untuk korang mencuba. Nak makan kedai mahal. Kita biasa-biasa masak jela sendiri. Kos ikan baru RM15 jer seekor. Part nanas tu seeloknya guna nanas fresh ye. Aroma dia yang buat masakkan 3 rasa korang bertambah sedap.

Bahan Utama:

  • Ikan Bawal.

Tak kisah ikan ape pon boleh. Cuci gaul dengan garam dan goreng sampai garing. Dah masak ketepikan dalam bekas hidangan.

Bahan untuk kuah 3 Rasa:

  • Cili kering dikisar (dalam 2 sudu besar).
  • Sos cili, Sos tomato, Sos tiram, Sos Ikan, Jus limau (semua tiada sukatan. Agak-agak je).
  • Bawang putih diketuk.
  • Bawang besar atau holland dipotong dadu.
  • Nanas (dipotong dadu).
  • Cili api.
  • Serai dihiris.
  • Daun ketumbar sebagai hiasan.
Baca juga :  Resepi dan Cara memasak Sizzling Yee Mee dengan hanya menggunakan kuali sahaja. Mudah dan sedap.

Cara menyediakannya:

  1. Panaskan minyak. Pastikan minyak tak terlalu banyak. Nanti tak jadi 3 rasa korang. Jadi serupa sambal pulak minyak banyak.
  2. Masukkan bawang putih, cili kering dan segala sos diatas. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan jus limau.
  3. Pastikan gula, garam terasa. Tambahkan sedikit serbuk perasa.
  4. Akhir sekali, masukkn bawang besar, nanas, cili api dan serai kacau dalam beberapa minit kemudian tutup api.
  5. Masukkan kuah kedalam ikan yang disediakan. Hias dengan daun ketumbar. Siap

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan SuiSan Aliezsha. Terima kasih.

Baca juga :  Resepi Daging Masak Hitam yang sedap sehingga menjilat jari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.