Cara untuk membuat Chee Cheong Fan Udang yang menyelerakan.

Satu lagi resepi yang senang sangat nak buat. Kalau di kedai sarapan cina atau kedai dimsum, mereka menggunakan kain untuk buat chee cheong fan ni. Kalau pakai kain, chee cheong fan yang dihasilkan akan lebih nipis. Lagi senang nak leleh dalam mulut.

Bagi kita yang home cook ni, pakai ja alat dapur mana yang boleh kita cari. Saya buat dengan menggunakan tray seperti dalam gambar. Cuma perlu bersabar skit sebab kita nak ratakan air tepung senipis dan serata mungkin. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Li Yow. Terima kasih!

Berikut bahan-bahannya:

  • Satu cawan tepung beras.
  • Setengah cawan tepung jagung.
  • Setengah sudu kecil garam.
  • 3 cawan air.
Baca juga :  Jom kita sarapan pagi ini dengan Tosei! Hilang la sikit rindu makan di kedai mamak.

Berikut adalah bahan-bahan kuahnya:

  • Satu cawan air.
  • 3 sudu besar kicap cair.
  • 1 1/2 sudu besar gula.

Cara-cara untuk membuatnya:

1. Ni dia bahan utama. Tepung beras dan tepung jagung. Kacau sehingga sebati. Sebelum dikukus, kacau lagi. Gunakan Tray besi yang dioles minyak. Tak perlu banyak. Sekadar nak bagi licin ja.

2. Letak elok-elok dan rata. Kena adjust ke kiri ke kanan supaya air tepung dapat tutup semua permukaan. Jangan letak adunan tepung terlalu banyak. Buat senipis mungkin.

3. Letak udang. Kalau udang kecil, masa kukus dikurangkan. Kemudian, Kukus selama 1 minit 30 saat. Kalau udang kecil, adjust waktu kukus. Bila dah siap, angkat tray dan buang air lebihan jika ada.

Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Golek Pengantin. Sambil makan sambil mengimbau kenangan dulu-dulu.

4. Cedok perlahan lahan. Gulung udang.

5. Bila dah siap gulung, letakkan sedikit kuah, daun bawang, bawang dan Sedikit bijan.

6. Dan sambal udang untuk lebih rasa. Ni beli kat cosway. Bahan-bahan untuk 4 orang makan atau lebih. Boleh tambah bahan jika keluarga kita ramai. Selamat mencuba. Senang ja. Tutup mata pun jadi. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.