Ada peminat k-drama ke kat sini? Jom buat sendiri Tteokbokki (Kek beras) Korea Versi Halal.

Ada peminat k-drama ke kat sini? Terliur je tengok makanan mereka. Tengok makan megi pun dah terliur kan. Jadi kami nak kongsikan resepi daripada Aisyah Humaira untuk membuat Tteokbokki korean versi halal. Lembut dan kenyal serta kuahnya yang super sedap. Cubalah!

Bahan-bahan untuk buat Rice Cakes:

  • 1 cawan penuh membukit tepung beras pulut.
  • 1/2 sudu kecil garam dan air secukupnya.

Cara-cara untuk membuat Rice Cakes:

  1. Dalam mangkuk kita satukan semua bahan-bahan di atas.
  2. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sambil tangan kita tu menguli sehingga adunan menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
  3. Taburkan sedikit tepung beras pulut diatas pelapik, kemudian ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan dan gulung memanjang lalu potong ikut saiz yang kita sukai.
  4. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan rice cake yang telah digulung tadi untuk direbus. Bila rice cakes hampir timbul terus angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk/ais tau. Step ni jgn tinggal kalau tidak nanti lembik rice cake kita.
Baca juga :  Cara untuk membuat Cucur / Kuih Peneram. Resepi pasti jadi. Rangup dan padu beb!

Bahan-bahan untuk Sosnya:

  • 3 biji bawang merah kecil.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 sudu kecil lada hitam.

Tumbuk bersama semua 3 bahan di atas ni sehingga hancur.

  • 2 sudu besar sos cili dan 1 sudu besar sos tiram.
  • 4 sudu besar cili pes gochujang. Cari yang ada label halal ya.
  • 1 sudu besar serbuk cili dan 1 sudu kecil serbuk lada putih.
  • 1 sudu kecil minyak bijan dan 1 sudu kecil penuh bijan putih.
  • 1 sudu besar cuka,
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam atau kiub pati ayam.
  • Garam, gula secukup rasa.
  • Air secukupnya.
  • 1 keping cheese. optional.
  • Sedikit daun bawang.
Baca juga :  Cara untuk membuat Crepe Rangup yang enak ala-ala Hot and Rolls. Cubalah!

Cara-cara untuk membuat sosnya:

  1. Panaskan minyak. kemudian, masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan semua bahan sos satu persatu kecuali air dan cuka. Kacau hingga semua sebati.
  2. Kemudian masukkan air mengikut kepekatan kuah yang disukai.
  3. Akhir sekali, masukkan cuka serta rice cake yang telah siap dibuat awal tadi. Kacau semua sebati. Jika suka berkuah lebihkan air.  Jadi dah siap kita punya menu untuk hari ni.

Kalau suka pedas boleh tambah perencah Ramen. Untuk isi boleh tambah Fucuk goreng, telur rebus ataupun sosej. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.