Macamni Rupanya Cara Untuk Buat Ketupat Sotong Yang Sedap. Jom cuba!

Kami kongsikan kepada anda resepi oleh Puan Noriza Awang Hamat untuk membuat Ketupat Sotong versi Kelantan yang sebenar. Sedap dimakan bersama keluarga. Ada yang suke ke? Kalau suka jom buat bersama. Resepinya ada dibawah ye.

Bahan-bahan A:

  • 7 ekor sotong , buang kulit hitam dan tulang. Cuci bersih dan asingkan kepalanya.
  • Lidi untuk menyucuk secukupnya.

Bahan-bahan B:

  • 1 cawan santan pekat.
  • Sedikit garam.
  • 1 cawan beras pulut di cuci bersih dan toskan. Rendam pulut selama 30 minit bersama santan dan garam.
Baca juga :  Resipi Roti Bakar Keju Leleh Mudah Guna ‘Air Fryer’

Bahan-bahan C:

  • 3 keping gula melaka.
  • 3 cawan santan.
  • Garam.
  • Sedikit halia.
  • 3 helai daun pandan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan pulut ke dalam sotong masuk separuh je tau.
  2. Masukkan semula kepala sotong dan cucukkan dengan lidi supaya pulut tak keluar.
  3. Susun sotong dalam periuk. Masukkan bahan C dan renehkan dengan api sederhana hingga hampir kering.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.