Cara lengkap untuk membuat Pulut Kuning dengan mudah dan sedap. Digandingkan dengan rendang memang terbaiklah!

Fav saya musim raya ni buat pulut kuning dengan rendang and sambal ikan bilis. Honestly pulut ni saya dah biasa buat. So saya just main campak-campak je. Sebahagian gambar adalah kepunyaan Puan Ismi Aishah.

Anyway saya bagi juga resepi. Anggaran saya agak-agak ye. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kg beras pulut.
  • 2 1/2 cawan santan pekat ( saya letak 70% santan beli da siap + 30% air dlm sukatan 1 cawan ).
  • 2 keping asam gelugur.
  • 1 sudu besar serbuk kunyit.
  • 1/2 sudu besar gula.
  •  2 sudu teh garam (agak-agak rasa la).
  • 1 helai daun pandan.
  • Daun pisang untuk alas pengukus.

Cara untuk memasak dan menyediakanya:

  1. Cuci beras pulut. Rendam dlm air bersama asam keping dan serbuk kunyit tadi. Ratakan beras agar serbuk kunyit sekata. Rendam sekurang-kurangnya tiga jam.
  2. Cukup masa panaskan alat pengukus. Saya guna loyang je kukus dalam kuali besar. Alas daun pisang pada loyang.
  3. Tos air beras tadi. Buang asam gelugur. Letak beras pulut dalam loyang. Simpulkan daun pandan letak dalam beras. Kukus selama 20 minit.
  4. Cukup 20 minit keluarkan beras tadi. Ketepikan seketika. JGN MATIKAN API DAPUR PENGUKUS KERANA PULUT AKAN DIKUKUS UNTUK KALI KE-2.
  5. Campurkan gula dan garam dalam santan. Panaskan seketika atas dapur. Jangan sampi mendidih. Sekadar masak sekejap. Tujuan agar pulut kuning nanti tahan lama dan tak basi cepat.
  6. Gaulkan santan tadi dengan pulut. Gaul sedikit demi sedikit sampai semua santan sebati dengan pulut. Biarkan ia rehat dalam 10 minit.
  7. Cukup 10 minit kukus semula pulut selama 30 minit dam SIAP. Boleh dihidangkan bersama rendang.
Baca juga :  Cara terbaik untuk membuat Mee Kari Chinese Style yang sangat padu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.