Kini anda boleh buat Ketupat Pulut Hitam pada bila-bila masa. Makanan yang sentiasa dekat dihati kita!

Saja nak share sini, ketupat ni saya buat miggu lepas. Saja buat nak makan sendiri. Ada peminat ketupat pulut hitam tak?

Saya update resepi ya. Saya pun first time buat ketupat ni. Seumur hidup tak pernah buat ketupat, cara balut pun sama baru belajar. Alhamdulillah jadi. Saya testing ja ni masak sikit dulu. Jadi angaran pun sikit la asya bagi..Maaf la kalo cara saya tak sama dengan akak-akak yang dah terror.

Bahan untuk membuat Ketupat Pulut Hitam:

  • 2 cawan pulut putih.
  • 1 cawan pulut hitam.
  • 3 cawan santan fresh.
  • Secubit garam.
  • Daun palas secukupnya
Baca juga :  Cara membuat Cendawan Inoki Goreng Bersalut Tepung

Cara menyediakanya:

  1. Cuci bersih beras pulut, kemudian Rendam beras pulut hitam dan putih selama 2 jam.
  2. Masukkan santan dalam periuk. Masak santan sekejap biar mendidih, masukkan beras pulut tadi dan secubit garam. Santan tu agak-agak paras pulut saja ya. Masak sampai pulut kembang tak terlalu masak pun tak pa. Sebab nanti kita nak rebus pulak.
  3. Bila beras pulut dah kembang elok @ masak sikit. Biarkan sejuk kemudian bolehlah di balut dengan daun palas. Balut sampai habis.
  4. Pastu sediakan periuk letak ketupat yg dah siap balut, taruh air agak paras ketupat sja, jgn sampai ketupat tengelam takut nnti ketupat lembik. Kemudian tutup tudung periuk api sederhana rebus @ biar sampai ketupat masak. Siap.
Baca juga :  Cara membuat dan Resepi Ipoh Hor Fun Soup

Kredit Resepi oleh Cik Puan Julieta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.