Resepi Kuih Pulut Berinti

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Jom sarapan dengan pulut berinti. Meh nak share resepinya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh WN Akma. Terima kasih.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • Beras pulut 3 cawan. Basuh, rendam kemudian kukus.
  • Lepas kukus gaul dengan santan sikit. Saya guna santan kotak kecik tu. Anggaran dalam 1 senduk letak air sikit dan garam.
  • Kukus balik sekejap.

Bahan yang diperlukan untuk membuat Inti:

  • Kelapa muda secukupnya.
  • Nise / Gula Melaka 3 ketul.
  • Sedikit Garam.
  • Gula putih 1 sudu.
  • Sedikit Air.
  • Daun pandan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Pulut guna Air Kelapa. Rahsia untuk menjadikan pulut anda sedap yang luar biasa!

Cara untuk membuatnya:

  1. Campak semua dalam kuali sampai kering. Api jangan besar sangat.
  2. Masak jangan sampai kering sangat atau basah sangat. Just nice orang kata.
  3. Boleh la nak bungkus dalam daun pisang. Buat macam nak bugkus nasi lemak tu atau mengikut cara anda nak makan macam mana.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.