Cara untuk membuat Ikan Bilis goreng masak tumis taucu. Menu sangat berguna untuk sahur nanti.

Masakan nih bila waktu sahur dekat rumah saya mesti kena Ada. Boleh dikatakan waktu sahur wajib ade lauk nih. Memang menambah nasi la. Gigit pula kacang taucu, memang serap rasa lah minyak ikan bilis pada kacang taucu tu.

Dalam masakan nih dah tak perlu letak garam sebab rahsia dalam masakan nih adalah minyak ikan bilis. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Terima kasih dan selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 gengam ikan bilis digoreng.
  • 1 paket tauhu kering campur direndam air dan ditoskan.
  • 3 sudu besar tauchu.
  • 5 batang cili padi merah.
  • 5 batang cili padi hijau.
  • Kentang 1-2 biji dipotong.
  • Bawang putih 5 ulas dihiris.
  • Bawang besar ½ biji dihiris.
  • Serai 1 batang dihiris tipis.
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam.
  • Sedikit serbuk kunyit.
  • ½ hingga 1 cawan minyak masak.
Baca juga :  Resepi Pecal Ikan Kembung yang sangat enak dan padu untuk anda cuba sebagai juadah berbuka.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan gorengkan kentang sehingga masak. Dah siap goreng ketepikan dahulu.
  2. Gorengkan pula ikan bilis sehingga ranggup dan ketepikan.
  3. Minyak yang sama, tumiskan pula bawang putih dan serai sehingga bertukar kepada warna keperangan.
  4. Masukkan bawang merah dan cili padi. Masak sehingga layu.
  5. Kemudian masukkan Taucu dan tauhu campur. Masukkan sedikit kunyit. Gaul sehingga menjadi agak sedikit kering.
  6. Akhir sekali, masukkan kentang, ikan bilis dan serbuk lada hitam. Gaul rata dan angkat.
  7. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Dimsum Kukus berintikan ayam. Resepi pasti sedap dan enak!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.