Cara untuk membuat Jeruk Bawang Putih. Sedap dan berkhasiat untuk kita semua!

Banyak khasiat bawang putih. Tapi nak makan mentah begitu saja, tak lalu rasanya. So kita buat jeruk bawang putih. Rasanya sedap macam jeruk buah-buahan. Orang yang kolestrol tinggi elok makan bawang putih. Boleh merendahkan paras kolestrol Insha Allah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rasidah Shidah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Bawang putih 1/2 kg dibuang kulit.
  • Air secukupnya untuk merebus.

Rebus bawang putih hingga mendidih dan tutup api. Toskan airnya.

Bahan untuk Air gula jeruk:

  • Gula 1/2 cawan.
  • Air 2 cawan.
  • Cuka 1 cawan.
  • Garam 3 sudu.
Baca juga :  Resepi untuk membuat Congo Bars. Mudah sangat untuk dibuat untuk keluarga!

Cara untuk membuatnya:

  1. Masak semua bahan air gula jeruk sehingga mendidih dan sejukkan.
  2. Kemudian, masukkan bawang putih yang ditos tadi ke dalam bekas, kemudian tuangkan air gula yang telah di sejukkan.
  3. Simpan dalam peti ais. Esoknya dah boleh makan.

Selamat menjamu selera dan selamat mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.