Cara membuat Korean Garlic Cheese Bun Viral yang sedap

Korean Garlic Cheese Bun. Pernah try? Saje gatal nak buat hari ni. Mood tengah rajin. First try, nasib baik la jadi. Gigih uli pakai tangan weh. Resepi ni dapat 5 bun saiz bun burger standard.

Bahan untuk membuat Roti:

  • 1/2cawan fresh milk suam.
  • 2 sudu besar gula.
  • 2 sudu kecil yis.
  • 250 gram tepung roti/ high protein.
  • 1 biji telur.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 2 sudu besar marjerin.

Cara membuat roti:

  1. Campurkan susu, yis dgn gula. Ketepikan. Biar sampai berbuih. Dalam bekas lain, campur tepung dengan telur, garam dan adunan yis tadi. Uli dan masukkan marjerin. Lepas tu uli lagi dengan tangan / mixer sampai doh jadi elastik. Bila tarik tak koyak.
  2. Biar doh kembang 45-60 minit.
  3. Lepas doh dah kembang sekali ganda, tumbuk doh bagi keluar angin. Bahagi saiz kecil-kecil. Biar sekejap dalam 10 minit bagi doh naik. Bakar suhu 180 darjah 20 minit.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kek Marble Jelita. Memang cantik dan gebu. Sedap pula tu.

Bahan yang diperlukan untuk Sos Cream Cheese:

  • 200 gram cream cheese.
  • 1/2 cawan whipping cream.
  • 2 sudu besar gula.

Campurkan semua dalam blender. Tuang dalam piping beg. Takde piping beg buh je dlm plastik gunting kt bucu. Settle

Bahan untuk Sos Garlic:

  • 3 sudu besar butter/marjerin.
  • 6 ulas garlic cincang.
  • 1/2 cawan fresh milk.
  • 1 biji telur.
  • 2 sudu besar madu.
  • Sedikit parsley, mixed herb pun boleh je.

Cairkan butter dalam periuk. Api slow ye. Masukkan semua bahan lain. Sebelum masuk telur tutup api. Lepas masuk telur kacau bagi sebati. Siap.

Cara untuk menyediakan keseluruhan resepi Korean Garlic Cheese Bun:

  1. Lepas bun dah masak, dah sejuk sikit, belah 4. Jangan putus. Pastu paipkan sos cream cheese kat celah-celah belahan tu. Nak lg sedap paip la banyak-banyak. Melimpah gituu. Lepas tu curahkan sos garlic bagi kena keseluruhan bun.
  2. Masuk balik oven lagi 10 minit suhu 160 darjah. Ting!
  3. Dah siap. Susun dalam pinggan. Curah lebihan sos garlic tadi. Amik gambo dulu. Pastu IG story. Baru ngap! Terasa bagai duduk di Korea. Annyounghaseyo.
Baca juga :  Cara untuk membuat Roti Sarang Lebah yang sangat gebu dan lembut.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nadira Baharudin. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.