Cara untuk membuat Kuey Teow Sup Chinese Style. Pasti memikat selera anda sekeluarga.

Dah makan ke tu? Jadi kami nak kongsikan kepada anda cara yang sangat mudah untuk membuat Kuey teow sup chinese style. Anak-anak pasti suka termasuklah tukang masak sekali. Terima kasih kepada Cik Puan Farah. Selamat mencuba.

Bahan yang diperlukan untuk membuat kuah sup:

  • 1 labu bawang putih.
  • Air secukupnya.
  • Fish Ball dan Fish Cake secukupnya.
  • Sayur sawi secukupnya.
  • 1 Kiub Ayam.
  • Sedikit isi ayam bahagian dada.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumiskan bawang putih sehingga keperangan dan naik bau. Kemudian masukkan air dalam 3 atau 4 cawan besar. Renehkan sehingga menggelegak baru masukkan ayam bahagian isi.
  2. Masukkan pula fish ball, fish cake & kiub ayam. Bila dah mendidih masukkan pula sayur sawi.
  3. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa. Boleh juga letak minyak bijan sikit. Wangi je nanti. Isi ayam boleh keluarkan dan dicarik-carikkan.
Baca juga :  Dah ada menu sarapan? Boleh cuba Kuey Teow Sup Thai yang padu tak terkata ni. Berbaloi dicuba!

Bahan untuk membuat minyak bawang putih:

  • Bawang putih 1 labu dipotong dadu.
  • Minyak secukupnya.

Cara untuk membuatnya:

Tumis bawang putih hingga keperangan. Pastikan minyak cukup ye. Bila dah keperangan boleh angkat dan ketepikan.

Kuey teow macam biasa celur air panas. Siap untuk dimakan. Jika ada sambal kicap / cili kicap lagi sedap ataupun cili jeruk. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.