Resepi Lengkap untuk Nasi Tomato Kukus bersama Ayam Masak Merah dan Jelatah Timun.

Masak sekali harung je tengahari dan malam. Nasi tomato, ayam masak merah. Nasi saya suka kukus sebab dia tak keras dan tak lembik. Elok ja dan pastinya lambat basi kalau masak cara kukus. Permintaan ramai kami kongsikan resepi oleh Puan Zadariah Zakaria ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk Nasi Tomato Kukus: Sediakan pengukus.

  • 3 cawan beras biasa basuh dan toskan @ beras basmathi rendam 30 minit, basuh dan toskan.
  • 1 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih ditumbuk bersama 2 cm halia.
  • 2 sudu makan minyak sapi @ marjerin.
  • Rempah 4 sekawan secukupnya.
  • ½ tin tomato pure.
  • 2 sudu makan gula.
  • 1 sudu teh garam.
  • Secubit ajinomoto (optional).
  • ⅓ tin susu cair.
  • 2½ cwn air.
  • Daun pandan.

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk bersama rempah 4 sekawan sehingga naik bau.
  2. Masukkan semua bahan-bahan lain dan tunggu sehingga mendidih dan masukkan bersama beras dalam pengukus.
  3. Kukus selama 15 minit. Buka penutup pengukus dan gembur nasi kemudian sambung kukus hingga masak.
Baca juga :  Cara membuat Nasi Tomato beserta Ayam Masak Merah

Bahan-bahan ayam masak merah:

  • 1 ekor ayam dibersihkan kemudian lumur garam, kunyit dan goreng. Tak perlu terlalu garing dan angkat ketepikan.
  • 3 labu bawang besar dan 4 ulas bawang putih dikisar halus bersama 1 ruas lengkuas, 1 ruas halia dan 2 batang serai.
  • Sedikit Rempah 4 sekawan.
  • 1 senduk kecil cili kisar.
  • ½ tin tomato pure.
  • 1 batang carrot yang dikisar halus bersama air.
  • 2 sudu makan sos tomato dan 1 sudu makan sos cili.
  • 4 sudu makan gula perang dan 1 sudu teh garam.
  • ½ sudu teh serbuk secukup rasa.
  • ⅓ tin susu cair.
  • Minyak untuk menumis.
  • Daun pandan dan 2 labu bawang besar dipotong bulat.
  • Daun bawang jika suka.

Cara-cara membuatnya:

  1. Tumiskan bahan kisar serta 4 sekawan dan daun pandan hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, tomato pure, sos tomato, sos cili dan masak sampai pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan carrot kisar dan ayam. Tambah 1 cawan air jika terlalu kering. Renihkan sebentar.
  4. Masukkan susu cair dan perasa-perasa lain. Masak sampai pecah minyak.
  5. Akhir sekali, masukkan bawang potong dan daun bawang. Tutup api dan dah siap.
Baca juga :  Cara membuat Sambal Sotong Kembang / Kering

Bahan-bahan untuk membuat Jelatan Timun:

  • 1 batang timun dan 1 batang carrot.
  • 1 labu bawang besar dan 1 biji cili merah.
  • 1 sudu makan gula dan 2 cubit garam.
  • 1 sudu makan sos cili dan 1 sudu makan cuka.

Cara-cara membuatnya:

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati. Boleh tambah cili padi jika suka pedas dan Nanas jika suka. Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.