Cara untuk membuat Kuey Tiaw / Kotiaw goreng basah yang tersangat padu rasanya! Pasti tak cukup sepinggan.

Ni utk sepaket kotiaw ye. Arghh feberet ni, kena pulak dengan cili padi potong memang paduuuu. Jom la kita cuba buat kot-kot kena dengan selera anda pula. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurfazliana NasaiĀ  dan gambar oleh Rafidah Zainul. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Kotiaw sepaket.
  • Taugeh secukupnya.
  • Bawang putih 4 ulas diketuk leper.
  • Cili mesin 2 sudu.
  • Kicap mee Jenama Tamin
  • sedikit kicap cair.
  • Telur Ayam 4 biji.
  • Fishcake secukupnya.
  • Udang jika suka.

Cara-cara membuatnya:

  1. Tumiskan bawang putih yang dah diketuk sehingga agak garing dan warna coklat-coklat tu baru masukkan cili mesin. Tumis sehingga sedikit garing.
  2. Bila dah garing, masukkan fishcake.
  3. Bila fishcake dh masak, masukkan pula telur ayam. Biarkan seketika baru kacau ya sehingga hancur.
  4. Masukkan air dalam 1 cawan macam kita nak buat bihun goreng tu.
  5. Time tengah menggelegak tu masukkan pula kicap mee tamin, garam dan sedikit kicap cair. Seimbangkan rasanya supaya kena dengan selera anda.
  6. Akhir sekali masukkan kotiaw dan kacau sehingga semua sebati. Bila dah agak kering masukkan taugeh dan tutup api.
Baca juga :  Dah dinner ke tu? Kalau belum jom cuba Nasi Goreng Padprik Udang padu beb!

Siap untuk dihidangkan. Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.