Ada peminat Bawang Goreng tak? Jom cuba cara nak buat agar ianya Sangat Rangup Dan Tahan Lama!

Bawang goreng ni memang kena ada untuk dibuat sebagai penambah rasa. Banyak makanan yang kita boleh tambah bawang goreng ni. Jadi kali ni apa kata kalau kita buatnya sendiri. Lebih mudah dah puas hati.

Resepi ini adalah dari Puan Aini Binte Madon. Terima kasih. Gambar oleh Emy Mellisa Mohd Kasim.

Tips tak nak mata pedih masa kupas kulit bawang, rendamkan dulu bawang tu. Tips tak nak mata pedih masa hiris pulak, simpan bawang yang dibuang kulit dalam peti ais.

Bahan utama yang diperlukan adalah:

  • Bawang kecil secukupnya.

Sediakan bekas dan alaskan dengan kitchen towel untuk menyerap minyak pada bawang goreng nanti.



Cara-cara untuk membuatnya mudah sahaja:

  1. Bila dah kupas kulit bawang kecil, terus cuci dan toskan airnya. Kemudian hiris halus. JANGAN DAH HIRIS BARU NAK CUCI. Ia tak akan garing sampai bila-bila pun.
  2. Panaskan minyak dengan banyak. Pastikan minyak sederhana panas. Sebaiknya, gunakan kuali non-stick.
  3. Masukkan bawang yang dah dihiris ke dalam minyak panas dan kacau sekejap dengan menggunakan sudip penapis dengan api yang besar. Diamkan selama 1 minit. Kemudian kecilkan api. Kacau selalu supaya tak mudah hangus.  Kena banyak bersabar kalau nak hasil yang terbaik.
  4. Bila sebahagian bawang dah mula bertukar warna kekuningan, sambung kacau sampai bawang mula bertukar warna kekuningan semuanya tapi bukan warna coklat ya. INGAT, API MESTI SENTIASA KECIL JE.
  5. Angkat kuali non-stick dari api, sambung kacau lagi sampai dapat warna kecoklatan yang diingini. Jangan sampai gelap sangat warnanya sebab nanti rasanya pahit.
  6. Angkat bawang goreng dengan sudip penapis tu sambil toskan minyaknya. Alihkan ke dalam bekas yang kita sediakan tadi. Biarkan betul-betul sejuk. Bila dah sejuk, ramas bawang goreng tu perlahan-lahan ye untuk meleraikan isi bawang yang melekat. Jangan lah ramas sekuat hati ikut perasaan pulak.
  7. Antara lain rahsia saya. Saya gunakan bekas brand TUPPERWARE untuk bawang goreng saya untuk kekal rangup berbulan-bulan. Gunakan bekas TUPPERWARE yang tutupnya ditekan di tengah-tengah seperti dalam gambar. Pernah juga saya gunakan bekas lain yang tutupnya juga ditekan di tengah-tengah tapi cepat lemau. Hanya brand TUPPERWARE saja yang dapat menolong. Tak percaya? Cubalah nanti bagitau hasilnya ok.
Baca juga :  Cara Buat Ayam Goreng Mamak, Rangup Krup Krap Tak Boleh ‘Stop’ Makan

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.