Cara untuk membuat Garlic Sos. Lagi sedap daripada Mayonis!

Selamat tinggal mayonis. Sejak aku tau buat sendiri garlic sauce ni lepas ni aku tak beli dah kot mayonis. Dah la aku ni hantu garlic. Peminat nasi arab mesti tau kesedapan garlic sauce ni macam mana.

Ni aku buat sendiri texture sama macam mayonis. Rasanya pun 99.99% sama macam garlic sos kat kedai pak arab. Sedap dimakan dengan roti, ayam, nasi, shawarma. Senang cakap garlic sauce ni lagi sedap dari mayonis. Bahan-bahan pun senang nak cari dalam rumah.

Bahan yang diperlukan:

  • 4 ulas bawang putih.
  • 1 biji telur.
  • 2 sudu besar cuka.
  • 1 sudu besar gula.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 1 cawan minyak jagung (masukkan sikit demi sedikit).
Baca juga :  Cara untuk membuat Sos Pencicah Keropok. Enak dan sesuai sebagai sos pencolek serbaguna!

Cara untuk membuatnya:

  1. Blend lama-lama sampai dapat texture macam mayonis.
  2. Kalau nak buat stok gandakan je nisbah bahan tu.
  3. Simpan dalam peti ais boleh tahan 3 bulan.

Kalau tak faham jugak boleh tengok di tiktok search resepi garlic sos. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.