Begini caranya untuk membuat Sup Cendawan yang berkrim dan pastinya disukai ramai.

Kita tukar selera kita sedikit kearah roti dan sup. Kali ni kami nak anda semua cuba untuk membuat sendiri Garlic Bread beserta Sup Cendawan berkrim yang sangat sedap. Roti bawang putih pastu cicah pulak dengan sup cendawan. Alahai sedapnya! Ni pun dah terbayang-bayang kesedapnya.

Bahan-bahan untuk Mushroom soup:

  • 5 biji cendawan butang segar. saya potong kecil-kecil.
  • Separuh bawang holland didadu kecil
  • 2 ulas bawang putih dipotong halus.
  • 2 Sudu Besar Butter untuk menumis
  • Susu segar.
  • Tepung jagung dibancuh bersama air sejuk.
  • Sedikit garam.
  • Sedikit parsley flakes.

Cara-cara membuat Mushroom Soup:

  1. Tumis bawang holland sehingga naik bau dengan butter.
  2. Masukkan cendawan dan tumis sehingga layu. Masukkan bawang putih dan tumis semua.
  3. Tuangkan susu segar ke dalam pot dan kacau. Kuantiti susu bergantung pada banyak mana korang nak sup korang.
  4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dalam sup dan tengok tekstur sup. Kalau cair, tambah lagi air bancuhan tepung jagung sampai likat.
  5. Perasakan dengan garam. Tunggu sehingga sup mendidih untuk butter betul-betul bercampur dengan sup.
Baca juga :  Ada Roti Lebih? Jom kita cuba Cucur Roti Ikan Bilis. Pastinya Tak Cukup Sepinggan Dek Kesedapanya Nanti.

Bahan-bahan untuk membuat Croutons (menggunakan oven):

  • Roti sekeping.
  • Sedikit butter.

Cara-cara untuk membuat Croutons:

  1. Sapu butter atas lapisan roti. Potong kecil-kecil.
  2. Sapu lapisan tray dengan butter. Toast dalam oven menggunakan suhu 150 darjah celcius selama lebih kurang 15 minit atau sehingga warna keperangan.
  3. Croutons ni boleh juga dimakan sengan salad. Kalau nak letak seasoning sebelum toast pun boleh seperti garlic powder ke atau pape sahaja yang sesuai.

Bahan-bahan untuk membuat Garlic Bread:

  • Butter pada suhu bilik.
  • Parsley flakes secukupnya.
  • Bawang putih yang didadu halus.
  • Roti.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan butter dengan bawang putih yang telah didadu atau garlic powder dan parsley flakes.
  2. Sapu diatas roti kemudian bakar didalam oven menggunakan suhu 150 darjah atau boleh juga bakar guna non-stick pan. Selamat mencuba!
Baca juga :  Resepi dan Cara Untuk Membuat Pastri Sardin Gulung Bakar

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.