Mee Ayam terlajak sedap ni pastinya tak cukup semangkuk kome! Sedap bebenor.

Resepi ni asalnya kena letak udang tapi udang takde kita ubah la letak ayam. Alhamdulillah anak-anak suka!
Rasa kuah mee ni ada kelainan sikit sebab letak perencah tomyam dan ikan bilis. Dan pemekat kuah tu kita letak kentang dengan lobak merah.

Boleh la korang terai, asyik menu nasi je kan. Kita ubah makan mee plak sekali sekala dak? Jom tengok bahan-bahan dan cara-cara nak masak! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Fairuz Abu Hassan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ayam secukupnya dan dipotong kecil.
  • Mee sebungkus.
  • Bawang besar 2 biji (kisar).
  • Bawang merah 5 biji (kisar).
  • Bawang putih 3 ulas (kisar).
  • Halia dalam setengah inci (kisar).
  • Ikan bilis segenggam (kisar).
  • Ubi kentang 3 biji (rebus dan kisar).
  • Lobak merah setengah batang (rebus dan kisar).
  • Serai 2 batang (diketuk).
  • Sos spaghetti (kalau takde boleh guna tomato puri @ sos tomato).
  • Cabai mesin dalam 4 sudu.
  • Perencah tomyam apa-apa jenama pun ok.
  • Sos cili dan Sos tiram secukupnya.
  • Mentega Buttercup.
Baca juga :  Cara untuk membuat Mee Kuah Cara Kelantan. Sedap sehingga ke hirupan sup yang terakhir!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rebus dulu kentang dan lobak sehingga empuk. Kemudian kisarkan dengan sedikit air. Ketepikan. 2 bahan ni untuk pemekat kuah.
  2. Panaskan minyak dengan sedikit mentega. Tumis serai bagi garing. Masukkan ayam,biar sampai masak dan air dari ayam tu sedikit kering.
  3. Masukkan cabai mesin,masak sampai cabai tu garing. Masukkan bahan kisar kecuali kentang dengan lobak. Masak sampai bahan kisar tu sedikit kering.
  4. Masukkan sos spageti, sos cili, sos tiram, garam. Korang agak-agak je nak banyak mana. Masak sebati kemudian masukkan ubi dengan lobak yang dimesin tadi. Kalau agak sedikit pekat, boleh tambah air.
  5. Last sekali letak serbuk Tomyam. Biarkan mendidih sebentar dan dah boleh tutup api. Siap untuk dihidang.
Baca juga :  Resepi Mee Sup Ala Thai / Mee Rebus Pantai Timur. Sesuai dimakan bila-bila masa.

Untuk hiasan atas mee tu ikut suka korang nak letak apa. Telur rebus ke, limau nipis, bawang goreng, daun sup bawang atau taugeh. Bolehlah korang buat untuk menu tengahari atau makan malam. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.