Cara membuat Nasi Arab Mandy atau Kabsah. Sedap tak terkata!

Nasi Arab Mandy atau Kabsah sangat sedap anak-anak dan suami puji alhamdulillah. Dalam nasi cuma masukkan ayam tidak sayur lobak dan lain. Ayam tu pula buat dua jenis iaitu bakar dan rebus cara Aisyah Humaira. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 cawan beras basmati.
  • 1 sudu besar Minyak sapi.
  • 2 sudu besar minyak zaitun.
  • 1 ½ sudu besar Rempah nasi Mandy.
  • 1 biji Bawang besar dihiris.
  • 2 batang cili hijau.
  • 5 ulas Bawang putih.
  • 1 helai Bayleaves / daun salam.
  • 1 biji Limau kering.
  • 1 batang Kayu Manis.
  • 3 biji Bunga cengkih.
  • 3 biji Buah pelaga.
  • 1 pokok Akar daun ketumbar.
  • 1 kiub pati ayam knorr.

Cara-cara membuatnya:

  1. Dengan menggunakan instant pot tekan menu *Saute* dan panaskan minyak sapi bersama minyak zaitun.
  2. Masukkan semua bahan-bahan nasi kecuali BERAS dan Kiub ayam.
  3. Tumis sehingga terbit bau. Masukkan BERAS serta 2 gelas Air rebusan ayam dan bakinya masuk air biasa , sukatan seperti masak nasi biasa.
  4. Masukkan Ayam yang telah siap direbus bersama sup.
  5. Setelah nasi masak titiskan beberapa titis pewarna kuning oren saffron dan biarkan 5  minit barulah di gemburkan nasi perlahan-lahan ini untuk hasil supaya nasi cantik sebiji-sebiji.
Baca juga :  Kebanyakan orang Kedah pasti suka Sambal Lengkuas ini. Jom cuba pasti puas hati!

Dah siap.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.