Cara membuat Sos Pencicah Serbaguna

Resepi ini adalah untuk membuat Sos Pencicah Serbaguna yang boleh digunakan kepada semua jenis makanan. Sama ada yang digoreng, dibakar mahupun di stim.Senang cerita semua masakan boleh dicicah dengan sos ini. Memang sedap dan serasi. Selamat mencuba ya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 1 Senduk Cili yang telah dikisar.
  • Bawang putih 1 labu dan ditumbuk sehingga halus.
  • Gula 1 senduk (gula melaka pun boleh).
  • Sos cili 1 botol kecil.
  • Sedikit daun ketumbar.
  • 3 Sudu Kecil Bijan yang telah disangai.
  • Air 2 senduk, perasa dan sedikit garam.
Baca juga :  Resepi Sambal Tahun. Makanan kegemaran masyarakat Jawa yang pastinya menyelerakan!

Cara-cara untuk menyediakannya adalah seperti berikut:

  1. Tumiskan bawang putih sehingga garing
  2. Kemudian masukkan cili tumis dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan pula gula, perasa, garam, sos cili dan akhir sekali air. Kalau nakkan sosnya cair sedikit boleh tambah air.
  4. Masak lagi sehingga mendidih. Akhir sekali baru taburkan daun ketumbar bersama bijan tadi. Siap.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Mariam melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.