Cara lengkap untuk membuat Kudapan Onion Ring. Garing dan padu beb!

Kami nak kongsikan kepada anda cara lengkap untuk membuat Kudapan Onion Ring. Garing dan padu beb! Bawang pun boleh di makan gaiss. Jangan jadi makcik bawang pula.

Selamat mencuba. Resepi onion ring ini telah dikongsikan oleh Puan Noor Atikah Mahamood. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 sudu tepung gandum.
  • 2 sudu tepung beras.
  • Sedikit lada hitam.
  • Sedikit garam (jika suka).

Gaulkan sebati bahan di atas. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 adunan untuk salutan basah dan 1 adunan lagi untuk salutan kering.

  • Bawang holland secukupnya.
  • Serbuk roti.
  • Telur ayam.
  • Cheddar cheese.
Baca juga :  Cara untuk membuat Brocoli & Pak Choy masak Sos Tiram yang menyelerakan. Yang tak suka sayur pun pasti suka jika rasa masakan ini.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan adunan tepung bancuh dengan sedikit air untuk salutan basah. 1 lagi bahagian untuk salutan kering.
  2. Potong bawang holland secara membulat dan leraikan.
  3. Hiris cheddar cheese, kemudian balutkan ditengah-tengah antara 2 bawang (rujuk gambar).
  4. Celupkan bawang ke dalam bancuhan tepung basah kemudian celupkan pula kedalam bahagian tepung yang kering. Seterusnya celupkan ke dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti.
  5. Masak dalam air fryer selama 15 minit pada suhu 180 darjah. Boleh juga buat tanpa menggunakan cheese.
  6. Kalau tak ada air fryer, boleh juga di goreng dengan minyak seperti biasa. Lebih sedap di goreng daripada masak dalam air fryer. Saya guna air fryer sebab tak nak berminyak. Terpulang kepada citarasa masing-masing.
Baca juga :  Macamni rupanya untuk membuat Nasi Goreng Cili Kering yang lebih sedap dari biasa. Boleh la sarapan nanti kita cuba!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.