Resepi Ayam Goreng Hatyai. Rasa yang lain daripada ayam goreng biasa. Padu dan sedap!

Sekali dah goreng, lepas nih berkali-kali nak makan Lagi. Jujur ni tau. Tak caya cuba la dan rasa sendiri. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kilogram Ayam dicuci bersih.
  • Bawang putih 1.5 oz.
  • Cumin seed 1 sudu kecil.
  • Daun ketumbar 1 sudu besar.
  • Sos tiram 1 sudu besar.
  • Bawang merah ½ cawan.
  • Soy sauce 1/4 cup.
  • Serbuk lada putih 1 sudu kecil.
  • Gula 1 sudu besar.
  • Garam 1 sudu kecil.
  • Biji ketumbar 2 sudu kecil.
  • Tepung beras ¼ cawan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Masak Madu yang tersangat mudah. Kegemaran anda seisi keluarga.

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan kecuali ayam dan tepung. Perapkan ayam bersama bahan yang dikisar paling kurang 2 jam.
  2. Masukkan tepung beras bersama ayam yang diperap dan gaul sebati.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak antar 4 hingga 6 minit.
  4. Angkat ayam dan toskan minyak. Dah siap dan boleh dihidamg bersama Sos Thai.

Cara untuk membuat Bawang Goreng:

  1. 5 hingga 6 biji bawang merah dihiris tipis.
  2. Sediakan tisu dan letakkan bawang yang telah dihiris di atas tisu. Taburkan sedikit garam.
  3. Panaskan minyak dan gorengkan bawang sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan dahulu.
  4. Akhir sekali, taburkan bawang di atas ayam yang telah digoreng. Selamat mencuba.\
Baca juga :  Cara untuk membuat Bawang Goreng yang sangat rangup beserta tips mudah potong bawang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.