Resepi padu Daging Masak Hitam Bawang Goreng. Keenakan dalam setiap suapan!

Alhamdulillah, Siap Daging masak hitam bawang goreng ni. Signature dish keluarga saya terutama hari raya. Wajib ada kalau tak semua orang merajuk. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas atau lemang mahupun ketupat palas. Sekali rasa mesti nak lagi. Yang penting kena rajin buat bawang goreng ye sis.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Noriza Jaja. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg daging diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula sukatan agak-agak jer.
  • 1 kg bawang goreng. Lebih sedap bawang digoreng sendiri. Guna bawang kecil lebih sedap ye.
  • 1 senduk cili kering blend.
  • 2 sudu besar Kicap pekat, sedikit kicap manis, sedikit kicap masin.
  • Sedikit air asam jawa.
  • Garam dan gula secukupnya.
  • Air secukupnya.
  • Sedikit minyak untuk menumis.
Baca juga :  Cara membuat Ayam yang juicy untuk lauk Nasi Ayam

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Perapkan daging dengan kicap dan gula selama 1/2 jam dengan gula dalam 2 sudu besar, sedikit kicap pekat, sedikit kicap manis. Jangan banyak sangat sebab masa menumis nanti kita nak tambah kicap lain.
  2. Panaskan minyak 1 senduk @ setengah cawan minyak masak dan masukkan daging yang diperap tadi. Masak sampai keluar air daging dalam 10 hingga 15 minit. Selepas tu masukkan cili kering blend dan reneh lagi hingga cili benar-benar masak.
  3. Masukkn kicap manis, kicap masin dan kicap pekat anggaran agak-agak sesedap rasa anda pastu masukkan air asam jawa. Jangan banyak sangat nanti terlebih masam pulak.
  4. Renehkan daging hingga empuk. Kalau kering tambah air dan tambah air jika daging belum empuk.
  5. Akhir sekali masukkan bawang goreng dan masak hingga bawang goreng sebati. Rasa la cukup pedas ,manis dan masinnya bagi seimbang ikut selera anda. Jika terkurang tambah garam atau gula.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sos Perapan serbaguna untuk Kambing/daging/ayam Grill. Keenakan yang paling padu untuk anda semua!

Selamat mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.