Resepi mudah untuk membuat Ayam Bakar Blackpepper. Kesedapan dalam setiap gigitan!

Hari ni masak menu senang. Ayam bakar blackpepper. Senang dah ada stok. Tinggal masuk airfryer dan siap. Resepi yang simple dan sedap untuk dicuba. Nak nampak kilat sapu butter masa panas-panas tu.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Qaisara Irdina Sara. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu sos besar tomato.
  • 2 sudu besar ciliboh.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu besar campuran bawang merah, bawang putih dan halia kisar.
  • 2 sudu besar madu. Boleh letak gula kalau tak sudi bermadu hehe.
  • 1 sudu besar Serbuk blackpepper.
  • 1 sudu jintan manis.
  • 1 sudu minyak zaitun.
  • Sedikit garam.
Baca juga :  Cara untuk membuat Dimsum Ayam yang sangat sedap dan menyelerakan. Mudah dan menjimatkan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campur sebatikan kesemua bahan diatas. Kemudian masukkan ayam. kedalam bahan tadi dan perapkan semalaman. Kalau nak segera paling kurang pun 2 jam keatas tau. Baru rasa perapan tu lagi sedap.
  2. Bakar dalam oven. Jika ada air fryer boleh guna. Setkan pada suhu 180 darjah selama 45 minit atau sehingga masak. Nak cantik 25 minit bakar kemudian balikkan sebelah lagi untuk 20 minit lagi. Baru Masak sekata.

Selamat mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.