Resepi Daging Masak Bawang Goreng yang super sedap. Lembut dan sesuai dimakan dengan apa sahaja!

Ramai yang minta resepi daging bawang masa saya share resepi lemang cawan haritu. Selain makan dengan lemang dan ketupat, daging bawang ni boleh juga dimakan dengan nasi. Kalau masak betul-betul kering macam serunding tahan berbulan – bulan. Boleh pos kepada anak-anak yang diperantauan yang tak boleh balik sebab PKP ni. Sekarang musim korban banyak daging boleh la cuba resepi ni. Sangat mudah dan sedap. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nur Masri. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kg daging.
  • 1 kg bawang besar.
  • 3 Sudu besar Cili kisar.
  • 6 biji Bawang merah.
  • 5 biji Bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • Kulit kayu Manis dan Bunga lawang.
  • Daun kari.
  • 1 cawan kicap Manis kipas udang.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rebus daging bersama sedikit garam dan Halia, kemudian potong daging nipis-nipis.
  2. Bawang besar sebiji belah 4 dipotong nipis kemudian goreng jadikan bawang goreng.
  3. Kisarkan bawang Merah, bawang putih dan halia. Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bawang kisar tadi bersama kulit kayu Manis dan bunga lawang.
  4. Masukkan cili blend dan kacau hingga cili masak. Kemudian, masukkan 1 cawan air rebusan daging tadi, kicap dan daging. Masak hingga air kering dan daging lembut. Perasakan dengan gula dan garam jika perlu.
  5. Masukkan daun Kari dan bawang besar goreng. Kacau sehingga kering macam mana yang kita nak. Ada yang suka lembab ada yang suka kering.
Baca juga :  Resepi Roti John bersama intinya yang sangat padu dan menyelerakan.

Kalau guna 2 kg daging, bawang besar pun 2 kg. Kicap jadi 2 cawan. Senang untuk ingat resepi ni. Selamat Mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.