Cara-cara untuk membuat Ayam Percik Putih Asli Kelantan. Menu popular di Pantai Timur!

Kami nak kongsikan resepi oleh Puan Nanie Sulong cara-cara untuk membuat Ayam Percik Putih Asli Kelantan. Menu popular di Pantai Timur!

Alfatihah untuk arwah Mok (nenek) Kak Nani. Mok lah yang setiap hari tanpa jemu beli ayam percik putih kegemaran Kak Nani hingga Kak Nani ingat rasa sedap Ayam percik tu dan boleh share dengan sahabat2 Kak Nani. Resepi untuk 2 bahagian whole-leg ayam

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 bahagian whole-leg ayam.
  • 1 biji bawang besar merah saiz besar*.
  • 1 inci halia*.
  • 5 ulas bawang putih*.
  • 1 sudu besar kunyit serbuk.
  • 1 asam keping.
  • 1 cawan santan.
  • 2 sudu besar tepung beras.
  • Garam dan gula secukupnya.

Cara-cara membuatnya:

  1. Blend bahan bertanda *. Gunakan separuh untuk perap ayam. Kelar ayam supaya rempah perapan meresap ke dalam. Tambahkan kunyit serbuk dan garam pada ayam yang diperap. Gaul rata dan perap selama 30 minit.
  2. Separuh lagi bahan blend, masukkan dalam periuk. Masukkan santan dan asam keping. Masukkan garam dan gula secukupnya. Masak hingga mendidih atas api perlahan. Kacau sesekali. Masak sehingga tiada rasa bawang mentah.
  3. Bancuh tepung beras dengan sedikit air. Setelah santan mendidih beberapa ketika, keluarkan asam keping. Masukkan air bancuhan tepung beras. Kacau sentiasa supaya tidak berketul. Masak hingga pekat.
  4. Bakar ayam yang diperap tadi. Apabila ayam hampir masak, lumurkan sedikit kuah percik menggunakan sudu. Balik-balikkan ayam tadi. Lumur kuah di kedua belah ayam. Tak perlu habiskan kuah percik. Hidangkan Ayam percik bersama kuah percik lebihan tadi.
Baca juga :  Resepi Ayam Goreng Berempah yang garing dan sedap

Tips:

  • Kalau ada lebih kuah percik, pack dalam plastik kecil dan bekukan. Nak makan ayam percik nanti cuma perlu sediakan ayam yang diperap dan dibakar shj.
  • Kalau nak bekukan ayam percik, bekukan satu2 ayam bakar yang dah masak dan tidak dilumur dengan kuah percik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.