Cara untuk membuat Sos Perapan serbaguna untuk Kambing/daging/ayam Grill. Keenakan yang paling padu untuk anda semua!

Assalamualaikum. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah. Siapa suka beli Kambing Bakar di pasar malam atau di expo makanan? Mesti rasa tak puas makan kan?

Hari ni Puan Nanie Sulong ingin berkongsi dengan anda cara untuk membuat sos perapan sedap ini. Mudah sangat resepi ni. Yang penting kena sediakan sos perapan terlebih dahulu. Sos perapan tu boleh digunakan untuk pelbagai menu grill lain juga seperti ayam, meatball, seafood dan daging. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 pek Sos Cili Kimball.
  • 1 pek Sos Lada Hitam Kimball.
  • 1 botol (510gm) Sos Tiram Kimball.
  • 1 labu bawang putih.
  • 100 gm lada hitam.
  • 1 sudu besar rosemary kering.
  • Sedikit minyak masak untuk menumis.
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara untuk menyediakan sos perapan:

  1. Tumbuk bawang putih sehingga lumat. Kemudian, kisar kering lada hitam sehingga halus.
  2. Tumis bawang putih dan lada hitam sehingga naik bau. Masukkan rosemary dan tutup api.
  3. Campurkan ketiga-tiga sos ke dalam bekas. Seterusnya, masukkan bahan tumis berserta minyak menumis ke dalam sos. Kacau rata.
  4. Tambahkan garam dan gula jika perlu. Simpan dalam bekas tertutup dalam peti sejuk dan guna bila nak memasak grill nanti.
Baca juga :  Nasi Ayam memang menu popular tak kira masa! Ini cara lengkap yang sedap dan mudah untuk disediakan.

Bahan Kambing Grill:

  • 1 kg Lamb Shoulder (potong ikut suka).
  • Sos perapan tadi secukupnya.

Cara-cara membuat kambing Grill:

  1. Basuh lamb shoulder. Masukkan dalam kuali. Masak sehingga air daripada lamb shoulder hampir kering. Kacau sesekali.
  2. Apabila air hampir kering, masukkan sos perapan secukupnya dan kacau rata. Sedia dihidangkan. Tak perlu tambah minyak atau air sewaktu masak lamb shoulder.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.