Cara mudah untuk lembutkan daging beku

Sebenarnya ada cara mudah nak lembutkan daging dalam masa 5 minit je tau! Tapi sebelum tu anda perlu dua periuk jenis steel / besi.

Caranya mudah sahaja. ikuti lamgkah dibawah ini:

  • Letakkan sebuah periuk secara terbalik.
  • Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
  • Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk). Isikan air ke dalam periuk tersebut.
  • Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut.
  • Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit).
Baca juga :  Resipi Sotong Goreng Tepung Rangup Tanpa Letup

Kenapa periuk logam boleh lembutkan daging?

Semuanya berkaitan dengan sains. Sebagaimana yang kita sedia tahu, logam mempunyai ciri pengalir haba yang baik, di mana haba sekeliling boleh dialir untuk melembutkan daging. Dengan meletakkan periuk logam yang diisi air di atas daging ini akan membuatkan lebih banyak haba sekeliling dialirkan seterusnya mempercepatkan proses melembutkan daging.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.