Sup Daging Siam yang Mudah, sedap, dan nikmat lain macam ni pasti membuat anda kecur air liur!

Nah, “Sup Daging Siam Ala Kak Liza.” Mudah, sedap, dan nikmat lain macam. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Liza Idris. Selamat mencuba.

Bahan-bahan menumis:

  • 1/2 biji bawang holand dihiris.
  • 4 biji bawang putih diketuk.
  • 3 batang serai diketuk.
  • 2 inci halia diketuk.
  • 2 inci lengkuas diketuk.
  • 4 helai daun limau purut.
  • Akar ketumbar.
  • 1 paket sup tulang bunjut Adabi.

Bahan-bahan akhir masakan:

  • 1/2 biji bawang holand.
  • 2 batang sederi.
  • 2 biji tomato.
  • 3 biji cili padi diketuk.
  • Daun ketumbar.
  • 3 biji limau kasturi.
  • 1/2 kilo tulang rusuk lembu.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rebus tulang dan daging sampai lembut. Kalau ada periuk tekanan better guna. Cepat je empuk dagingnya.
  2. Panaskan minyak, masuk semua bahan menumis. Tumis sampai kekuningan. Sup Bunjut berbalut putih tu la rahsia kesedapan. Tak perlu jampi pun. Macam biasala, buka tingkap kasi Senah jiran sebelah bau.
  3. Bila daging dah empuk, masuk je bahan tumis dalam periuk daging. Termasukla bunjut putih adabi tu.
  4. Perah 3 biji buah limau kasturi. Boleh juga ganti dengan lemon. Kalau ada sos ikan masuk la 2 sudu. Tak ada pun takpa.
  5. Kemudian masuk semua bahan akhir masakan. Mudah je, susah bila kau malas. Cili api boleh letak banyak kalau nak pedas terangkat. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  6. Last sekali tabur daun ketumbar. Kalau tak suka ketumbar, gantikan dengan daun sup dan daun bawang.
Baca juga :  Cara untuk membuat Daging Masak Cuka. Kegemaran bagi mereka yang suka makan daging!

SIAP! Tabur bawang goreng pun sodap. Uihhh rasa sup masam-masam sungguh menyelerakan. Kalau ada sambal hitam lagi padu. Abaikan bunjut putih tu, baca Bismillahhirahmanirrahhim dan doa makan. Confirm kenyang. Bila hirup je kuah sup siam ni, terasa seperti berada di Restoran Thai bertaraf kayangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.