Cara untuk membuat Ayam Goreng Cili. Padu Beb! Semua rasa ada dalam satu gigitan.

Sejujurnya ayam goreng nih, salah satu kegemaran suami dan anak-anak. Setiap minggu saya akan buat ayam goreng nih. Kesedapan ayam nih membuatkan kita nak lagi dan lagi.

Bau satu rumah bila goreng ayam nih akan membuatkan masing-masing tak sabar nak makan. Manis, masin, masam dan pedas-pedas manja termasuk kerangupan. Itulah rasanya disetiap gigitan.

Resepi ini telah dikongsikan oleh pemiliknya iaitu Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ayam 1 kg.
  • Serbuk belacan 2 sudu kecil.
  • Serbuk cili 1 sudu kecil.
  • Serbuk kunyit 1 sudu kecil.
  • Serbuk lada putih 1 sudu kecil.
  • Serbuk lada hitam 1 sudu kecil.
  • Serbuk perasa Knorr 1 sudu kecil.
  • Garam ½ sudu kecil.
  • Sos tiram 1 sudu besar.
  • 2 sudu besar tepung beras.
  • Bahan-bahan kisar:
  • 4 ulas bawang putih.
  • Cili hijau 2 tangkai.
  • Cili padi hijau 2 tangkai (jika suka).
Baca juga :  Cara memasak Kuah Sizzling Yee Mee yang super enak dengan hanya menggunakan kuali sahaja!

Cara memasaknya:

  1. Masukkan kesemua bahan didalam bekas yang berisi ayam dan gaulkan sebati. Kemudian, perapkan selama 1 jam atau lebih.
  2. Panaskan minyak dengan banyak. Kemudian, goreng ayam dan masak selama 7 hingga 10 minit atau sehingga ayam masak dengan cantik dan keperangan. Jangan hangit pula.
  3. Angkat dan siap untuk dihidangkan bersama menu yang lain.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.