Cara buat Inti Daging Blackpepper serbaguna. Boleh guna pada macam-macam menu!

Sangat berguna resipi ni sebab boleh guna inti ni untuk buat karipap, murtabak, samosa, popia, pau, roti goreng, karipap roll, lasagna dan sebagainya. Jom cuba resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 paket daging kisar Ramly.
  • 3 biji kentang – dadu halus.
  • 1 paket kecil rempah kurma Adabi.
  • 1 biji bawang besar – didadu.
  • 3 ulas bawang putih – dihiris.
  • 1 sudu besar lada hitam.
  • 1 mangkuk daun sup atau daun bawang – dihiris.
  • 5 tangkai cili padi – dihiris.
  • Garam, perasa dan sedikit gula.

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang putih dan bawang besar.
  2. Masukkan rempah kurma dan tumis hingga naik bau. Masukkan 2 gelas air.
  3. Masukkan kentang dan daging kisar.
  4. Masukkan garam, perasa dan gula.
  5. Bila daging dan kentang dah empuk, masukkan daun sup atau daun bawang dan cili potong.
Baca juga :  Murtabak Maggi Resepi bujang yang mudah disediakan serta enak!

Siap! Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.