Cara membuat Popia Carbonara. Setiap kunyahan penuh dengan kenikmatan!

Disebabkan susah sangat nak dapatkan sos carbonara sekarang ni maka saya olah guna sup cendawan mushroom ni. Rasa lebih kurang je dan lagi sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Sebiji bawang holand/kuning.
  • Bawang putih.
  • Isi ayam / daging. Ikut yang mana anda suka.
  • Sosej.
  • Jejari ketam.
  • Cendawan butang.
  • 1 tin sup cendawan campbell.
  • Fresh milk. Tak letak pun takpe untuk lebih creamy saya letak sikit je.

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak bersama sedikit butter. Tumis bebawang.
  2. Bila bawang dah garing naik bau masukkan isi ayam dan goreng sampai kering sikit masukkan sosej.
  3. Sejurus selepas itu tuangkan sos cendawan masak smpai gelegak dan masukkan pula susu fresh.
  4. Last sekali masukkan jejari ketam. Kacau rata dan tutup api.
  5. Rehatkan inti seketika. Kalau nampak macam berkuah jangan risau sebab nnti dia akan kering dengan sendirinya.
  6. Tunggu sejuk sebentar. Masukkan dalam peti, Tujuannya untuk tidak bagi kulit popia pecah semasa menggoreng.
  7. Selepas 2 jam bolehlah mulakan operasi menggulung. Sediakan tepung campur dengan air sikit untuk jadikan gam.
Baca juga :  Resepi Kuih Puteri Ayu Coklat Cheese ini adalah antara Kuih Tersedap Yang Perlu Anda Semua Cuba.

Tips:

Untuk sekeping popia saya letak 1 sudu memang ngam-ngam cukup untuk untuk 1 paket kulit popia 50 keping tu. Buat banyak-banyak takpe boleh bagi jiran tetangga. Takde jiran letak dalam frozen je la.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Noraziah Ismail. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.