Resepi Daging Masak Merah Terangkat

Resepi Daging Masak Merah Terangkat. Tak habis lagi daging korban dalam peti ais kan kan. Makanya, cheyah cuba buat daging masak merah macam dijual kat kedai-kedai masakan panas tu. Tak susah pun. Jom kita start.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 400 g daging (tak perlu potong lagi).
  • 4 ulas bawang putih (diketuk).
  • 1 inci halia (dihiris nipis).
  • 1/2 biji bawang besar (potong memanjang).
  • 5 biji cili hijau (diketuk).
  • 2 biji cili merah (dipotong serong).
  • 2 sudu makan sos tiram.
  • 2 sudu makan sos cili.
  • 2 sudu makan cili giling.
  • 1 cawan air rebusan daging.
  • Secubit garam.
  • Sedikit gula.
Baca juga :  Resepi lengkap untuk membuat Gulai Daging Cendawan Sisir. Musim lembab ni banyak kulat sisir naik.

Cara-cara penyediaannya:

  1. Ambil daging, rebus sehingga ia empuk. Kemudian, potong nipis nipis daging tersebut. Biarkan.
  2. Tumis halia dan bawang putih sehingga layu. Masukkan cili giling. Goreng sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili dan air rebusan daging. Kacau sebati dan tambah gula dan garam secukup rasa.
  4. Boleh masukkan daging yang dipotong tadi. Kacau sebati dan akhir sekali masukkan bawang besar dan cili. Dah sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.