Resepi Daging Masak Malbari. Kelembutan dan kesedapan dalam setiap suapan!

Resepi wajib masak setiap tahun bila tiba Hari Raya. Sekarang ni kan kita semua diwajibkan duduk rumah. So apa kata korang yang tak tau nak masak apa boleh cuba resepi yang kami kongsikan ini. Boleh la masak sambil-sambil tu minta tolong Encik Suami masak sekali. Bahan dibawah ini adalah sukatan bagi masakan 1 kilo daging ya.

Bahan  yang perlu dikisar selepas digoreng: 

  • Kayu manis – 1 batang kecil.
  • Bunga lawang – 3 kuntum.
  • Bunga cengkih – 5 kuntum.
  • Rempah biji ketumbar – 3 sudu besar.
  • Jintan putih – 1 sudu besar.
  • Jintan manis – 2 sudu besar.
  • Cabai kering – segenggam.
  • Bawang merah – 5 ulas.
  • Bawang putih – 5 ulas.
  • Bawang besar – 2 biji.
  • Halia – 2 inci.

Kesemua bahan kisar di atas digoreng tanpa minyak sehingga wangi menggunakan api yang perlahan. Kemudian barulah dikisar semua bahan ini ya.

Baca juga :  Cara untuk membuat Tauhu Berlauk Ayam siap boleh frozenkan untuk makan bila-bila masa!

Bahan-bahan utama :

  • Daging – 1 kg  dan dipotong kecil.
  • Kicap manis kipas udang – 1/2 botol (Botol kecil).
  • Kerisik – 3 bungkus.
  • Sedikit Gula merah di masak dengan sedikit air yang ditapis.

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng cili kering, jintan manis, kulit kayu manis, ketumbar, halia, bawang merah, bawang putih sehingga kekuning-kuningan.
  2. Selepas itu kisar bahan-bahan yang telah digoreng.
  3. Kemudian perap daging bersama bahan kisar, air asam jawa dan kicap selama setengah jam.
  4. Panaskan sedikit minyak sekali lagi, tumis daging perap tadi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Kacau rata sehingga mendidih dan pekat.
  6. Bolehlah diangkat dan sedia dihidang.
error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.