Jom cuba resepi Crab Rangoon yang sedap teruk ni! Boleh buat kudapan raya nanti.

Dengan hanya 5 bahan, korang dah boleh buat Crab Rangoon yang super lazat ni! Yang belum cuba tu, menyesal tak cuba. Memang sedap sangat dan sesuai dijadikan snek dan kudapan keluarga.

Bahan-bahan:

  • Crab stick Halal.
  • 250g cream cheese.
  • Kulit dumplings.
  • Daun bawang.
  • Sedikit lada sulah.

Cara Penyediaan:

  1. Hiris crab stick dan goreng dengan minyak yang sedikit.
  2. Masukkan daun bawang, lada sulah dan cream cheese dan masak sehingga sebati.
  3. Kalau saiz kulit dumplings besar, potong kepada 4 bahagian.
  4. Letakkan inti crab stick yang dah dimasak tadi dan balutkan. Basahkan sedikit di bahagian keliling kulit popia supaya lebih mudah melekat.
  5. Goreng Crab Rangoon dengan api perlahan sehingga keperangan.
  6. Angkat dan sedia untuk di ngap! Dah siap. Selamat mencuba.
Baca juga :  Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api. Kuah banjir buh kicap sikit memang padu la menu ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.