Resepi pembuka selera untuk anak anda – Sup Telur yang mudah disediakan

Kami kongsikan resepi yang mudah untuk anak-anak kita iaitu Sup Telur. Mudah dan sedap untuk dicuba dan disediakan. Terima kasih kepada Puan Nora Azni kerana berkongsi resepi ringkas ni. Kata beliau;

Mama, sup telur mama paling sedap dekat dunia ni tau tak? Ibu mana tak seronok kalau anak puji kan. Sempena kita kena duduk rumah ni, saya nak share resepi sup telur mudah. Resepi sup telur #mamaohsem.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • ¬†4 biji telur ayam.
  • 7 biji fishball yang dibelah dua.
  • Setengah biji carrot dibelah dua dan potong biasa.
  • 3 ulas bawang putih dicincang.
  • Separuh Kiub pati ayam.
  • Lada sulah, Garam dan minyak masak secukupnya.
  • 2 gelas air putih. Kalau guna banyak telur boleh lebihkan air untuk kuah.
Baca juga :  Kudapan paling popular di Pantai Timur. Sate Ikan atau Lokcing ni cicah dengan sos dia memang terbaik beb!

Cara masak dan untuk menyediakan:

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan garing sikit ye. Lepas tu masukkan carrot.
  2. Tambahkan 2 gelas air putih. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan sedikit lada sulah. Bila kuah dah mendidih. Kecilkan sedikit api dapur.
  3. Pecahkan telur sebijik ke dalam mangkuk dan dituang ke dalam periuk. Ulang sampai habis telur. Biar je sekejap sampai telur masak, jangan kacau-kacau ya sehingga telur mengeras.
  4. Bila dah nampak telur masak elok seketul – seketul. Boleh masukkan fishball. Dah masak, tutup api dan hidangkan dengan taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup.
Baca juga :  Sup Daging Siam yang Mudah, sedap, dan nikmat lain macam ni pasti membuat anda kecur air liur!

Selamat mencuba ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.