Cara untuk membuat Ketupat Sotong

Kami kongsikan kepada anda cara untun membuat Ketupat sotong. Saya kalau buat ketupat sotong akan buang kulit sotong sebab kalau masak dengan kulit kuah akan berlendir dan berbau hanyir. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ayadieeya melalui Facebooknya. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Sotong 1 kg.
  • Gula melaka 4 keping.
  • Beras pulut setengah kilo.
  • Daun pandan 3 helai.
  • Sedikit Halba.
  • Santan satu kotak.
  • Air dan garam.
  • Lidi.

Cara-cara menyediakannya:

  1. Rendam beras pulut selama 30 minit.
  2. Cuci sotong dan buang kulitnya. Bagi yang biasa masak dengan kulit kalau tak nak buang pun takpe.
  3. Masukkan beras pulut dalam sotong. Jangan letak banyak nanti bila masak sotong tu akan pecah. Bila dan sumbat, tutup bukaan sotong tadi dengan mencucuknya dengan lidi.
  4. Masukkan kesemua sotong yang dah siap kedalam periuk. Masukkan gula melaka, daun pandan, santan dan air secukupnya. Jangan cair nanti tak sedap. Akhir sekali masukkan secubit garam dan sedikit halba! Tunggu sehingga masak.
  5. Kalau kurang manis boleh tambah gula. Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuah Asam Laksa tersedap untuk anda rasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.