Resepi Kuih Tepung Pelita Mudah dan Cepat. Kuih yang paling laku ketika bulan Ramadhan!

Dalam pada musim Perintah Kawalan Pergerakan ni, saya agak mungkin ramai yang mengidam nak makan macam-macam makanan kan? Tak terkecuali saya pun. Memandangkan kita tidak lagi dibenarkan keluar selagi dalam PKP ni, saya pun cari la resepi paling senang dan mudan nak buat tepung pelita ni.

Resepi ni mudah je untuk diikuti. Tak perlu guna pengukus. Tapi Insha Allah hasil pasti sedap dan wangi yang datang dari daun pandan yang digunakan. Yang penting tangan kena sado untuk mengacau nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk lapisan bawah (hijau) adalah seperti berikut:

  • 2 cawan tepung beras.
  • 2 cawan gula pasir.
  • 1 cawan air pandan (3 helai daun pandan dan air kisar dan ditapis).
  • 5 cawan air.
  • Pewarna hijau

Cara-caranya menyediakan kuih ini:

  • Campur semua bahan dan kacau sebati. Kemudian tapis masukkan ke dalam periuk. Pastikan tiada ketulan tepung.
  • Masak atas api. Kacau tanpa henti lebih kurang 15 minit. Bila adunan mula pekat, kecilkan api.
  • Teruskan kacau sampai adunan jadi pekat berkilat dan meletup-letup. Kat sinilah memerlukan tenaga abam sado.
  • Kemudian tuang ke dalam acuan semasa masih panas ye. Kena cepat sebab adunan sangat cepat mengeras. Nak lagi cantik, ketuk² sikit bekas yang digunakan. Saya agak tak berapa rajin di sini.
Baca juga :  Tips dan Petua bagi mereka yang ingin membuat Biskut. Ilmu yang pasti berguna untuk anda semua.

Bahan yang diperlukan untuk lapisan atas (putih):

  • 2 cawan tepung beras.
  • 6 cawan santan (daripada 2 kotak santan).
  • 2 sudu gula.
  • Sehelai daun pandan.
  • 1 sudu garam.

Caranya sama mcm buat lapisan bawah. Kemudian untuk melengkapkan kuih ini caranya adalah seperti berikut:

  • Campurkan semua bahan sampai sebati. Pastikan tiada ketulan tepung. Kemudian tapis ke dalam periuk. Masak atas api.
  • Sentiasa kacau supaya tidak bergentel. Sila gunakan tenaga sado yang ada di rumah ye. Tutup api jika dah meletup-letup.
  • Masukkan ke dalam bekas yang telah kita masukkan lapisan hijau tadi.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk. Boleh nikmati panas atau sejuk.

Selamat mencuba ya semua.

Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Bahulu Gebu dan lembut. Cicah Kopi O pun sedap!

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Zalina Aziz melalui Facebook beliau dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.