Cara untuk membuat Kuih Lopes Ubi Kayu. Nikmatnya tak terkata terus rindu kuih kampung!

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kuih Lopes Ubi Kayu. Nikmatnya tak terkata terus rindu kuih kampung! Kuih Lopes Ubi Kayu Gedik ni nikmatnya memang boleh buat kita teringat kampung pula. Kalau dulu musim hujan mesti arwah emak buat. Rindunya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Lina Sahedin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 1/2 cawan ubi di parut kemudian toskan airnya.
  • 1/2 cawan air.
  • 1/2 sudu kecil garam.
  • Pewarna hijau.
  • Daun pisang yang dilayur.
  • Tali rafia.
  • Bahan untuk salutan:
  • Kelapa parut putih.
  • Garam halus.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campur kedua bahan kukus untuk kelapa tahan lama. Masukkan ubi dalam beka bersama garam, air dan pewarna hijau.
  2. Gaul sehingga rata. Ambil daun pisang buat bentuk kon dan masukkan 2 sudu besar adunan kedalamnya kemudian tutup dan ikat dengan tali bagi kemas. Buat sampai habis. Saya dapat 9 ketul buat sikit untuk dua orang je.
  3. Panaskan air sampai mendidih masuk kuih lopis yang sudah siap kemudian rebus selama 25 minit ikut tebal nipis kuih atau banyak mana yang telah dibuat kukus lebih lama.
  4. Bila dah siap rebus, angkat dan toskan. Bila dah sejuk buka balutan dan gaul dengan kelapa.
Baca juga :  Cara untuk membuat Pau Kampung berinti Kastard yang akan mengamit kenangan lama anda. Sedap pun sedap tau.

Bahan untuk buat air gula:

  • 2 keping gula keret / kabung / melaka.
  • 2 sudu gula.
  • 1 cawan air.
  • 1 helai daun pandan dan simpulkan.

Cara untuk membuat air gula:

  • Campurkan¬† kesemua bahan dan masak atas api sampai gula larut dan sedikit pekat.

Selamat Mencuba. Untuk kuantiti yang banyak boleh tambah air dalam adunan ubi. Ubi kayu ada yang jenis banyak sagu nanti kalau masak adunan menjadi keras.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.