Cup Cake Sarang Semut ini memang sedap. Viral pulak tu!

Siap satu adunan cup cake sarang semut untuk hari jadi anak umur 4 tahun. Dia cakap nak kek lubang-lubang. Sambil-sambil menunggu kek dalam oven siap, kita post la dalam ni resepi dan cara untuk membuat cup cake sarang semut. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Maizatul Nurjannah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan gula pasir.
  • 1 cawan air panas.
  • 1 cawan tepung blue key ditambah bersama setengah sudu KFC soda bikarbonat.
  • 1/4 cawan susu pekat.
  • 3 sudu makan marjerin/butter. Kalau cairkan dulu rasa kek akan lagi lembut.
  • 4 biji telur ayam gred A.
  • 1 penutup esen vanila.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Cairkan gula sehingga cair semua dan warna bertukar kepada perang atau coklat. Kalau jenis penyabar gunalah api kecil. Jangan tinggalkan ye takut hangit. Bila gula dah cair masukkan air panas dan marjerin yang dah cair. Biarkan suam-suam gitu.
  2. Masukan telur bersama esen vanila ke dalam blender dan kisarkan campuran tadi sekejap kemudian masukkan susu pekat dan sambung kisar lagi sekejap.
  3. Masukan tepung dan kacau bagi rata dan masukan air gula yang dah suam-suam tadi. Blender lagi sekali dan tapis dan perapkan seketika. Nak perap sekejap pun boleh, nak perap lama pun boleh.
  4. Masukan bancuhan ke dalam acuan cupcake dan bakar menggunakan api bawah dulu selama 5 minit (waktu ni dia akan nampak lubang-lubang dan) kemudian baru guna api atas dan bawah selama 5 minit.pada suhu 160 darjah.
  5. Bakar hingga masak dan dah sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Patin Masak Tempoyak. Resepi terbaik untuk anda dan keluarga.

Resepi ni lah saya guna untuk jual dan untuk makan sendiri. Selamat menjamu selera semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.