Cara untuk membuat Kuih Bom berinti Sambal Ikan.

Kami nak kongsikan kepada anda resepi daripada Cik Sue Zakaria untuk membuat uih Bom berinti Sambal Ikan. Kata cik sue;

Mak pernah cerita dia buat kuih bom ni buat jual dulu. Masa tu orang yang menjual dengan motor tu datang ambil. Hari-ari habis jualan mak. Alhamdulilah. Setiap resepi yang ciksu share ni mak kita punya resepi. Geng-geng dalma ni mungkin lain tapi masing-masing sedap kalau semua dari air tangan mak dan air tangan kita sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Tepung pulut 2 cawan.
  • Tepung gandum 1 cawan.
  • Kelapa parut muda 1 cawan. Kalau tak ada boleh pakai santan.
  • Garam dan gula secukupnya.
  • Bahan-bahan untuk sambal ikan:
  • Ikan rebus 5 ekor.
  • Halba, Halia, Bawang merah secukupnya.
  • Beberapa keping asam keping.
Baca juga :  Resepi Dan Cara Membuat Sambal Goreng Jawa

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gaulkan tepung pulut bersama tepung gandum, kelapa parut, garam dan gula tadi dengan air. Agak-agak tak melekat kat tangan je cukup la. Rehatkan doh selama 1 hingga 2 jam. kalau tak ada kelapa parut muda tu boleh pakai santan ya.
  2. Sambil tunggu doh tadi rehat jap, kita buat sambal dia pulak. Campurkan je semua bahan sambal tadi dalam santan. Hancurkan dulu ikan yang rebus tu kemudian perasakan dengan garam dan gula. Letak asam keping sekeping ya. Siap dah inti kita dan ketepikan. Ada lebih boleh simpan buat cicah ketupat.
  3. Bila dah rehatkan sejam lebih doh tu. Lepas tu baru bulatkan dan letak sambal ikan kat dalam. Kemudian dah boleh goreng.
  4. Kalau tak nak meletup time goreng, rehatkan doh tu terlebih dahulu dalam sejam sebelum nak goreng. Boleh juga goreng separuh masak untuk jadikan frozen kuih bom.
Baca juga :  Cara membuat Sagu Gula Merah Warna Warni

Selamat mencuba.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.