Resepi Membuat Dumpling Ayam

Dumpling terkenal didalam kalangan masyarakat kaum cina. Namum pada masa kini makanan ni telah pun popular di dalam komuniti melayu. Sedap dan mudah untuk disediakan. Jom kita buat sama-sama ya.

Bahan untuk membuat kulit dumpling.

  • 1 cawan tepung ubi.
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 2 sudu minyak masak.
  • Air panas secukupnya.

Cara-cara menyediakan dumpling:

  • Campurkan tepung gandum bersama tepung ubi dan ditambah garam. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan minyak masak dan gaul rata.
  • Isi air panas secukupnya sehingga adunan tadi menjadi doh. Kemudian bulatkan doh tadi.
  • Canaikam doh kemudian tekapkan bentuk bulat seperti dalam gambar. Saya guna cawan plastik je. Kemudian boleh masukkan inti masukkan inti. Kalau doh tadi melekit, anda boleh taburkan tepung dan sesuaikan dengan kelembapan doh.
Baca juga :  Cara membuat Dumpling Goreng Isi Ayam

Bagi bahagian inti, bahan-bahannya adalah seperti berikut:

  • Ayam cincang.
  • Lobak cincang.
  • Sedikit daun sup.
  • Sedikit garam.
  • Sedikit serbuk lada sulah.
  • 2 Biji bawang merah dicincang.

Gaul kesemua bahan diatas. Kemudian, letakkan inti tadi kedalam kulit dan kelim seperti kelim karipap. Bila dah siap boleh la digoreng atau dimasak bersama sup. Selamat mencuba.

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Norazua Suhut melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.