Resepi Kuih Siput Lemak Manis dan Kuih Siput Rangup. Kudapan lejen ni akan buat anda tak berhenti menguyah!

Kali ni kami nak share lagi kepada anda Resepi Kuih Siput Lemak Manis dan Kuih Siput Rangup. Kudapan lejen ni! Dah share 2 jenis resepi kuih siput tempoh hari tapi kali ni yang jenis lain pulak. Lebih sedap daripada biasa. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nor Azliza Mohamed. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan bagi Kuih Siput Lemak Manis:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 2 1/2 sb gula castor.
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 3 sudu besar marjerin.
  • Air sejuk secukupnya.

Cara membuat Kuih Siput Lemak Manis:

  1. Campurkan tepung gandum, gula, garam & marjerin. Gaulkan bahan tersebut sehingga sebati semuanya.
  2. Kemudian campurkan air sejuk sedikit demi sedikit ke dalam campuran tadi.
  3. Bila doh dah sebati ( tak keras dan tak lembut & betul-betul sesuai untuk diterap nanti), bolelah gentel-gentel kecil-kecil dahulu sebelum diterap di atas papan penerap siput.
  4. Bila semuanya dah siap, panaskan minyak & goreng hingga keperangan. Sedap, rangup & lemak manis gitew
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Siput yang sangat rangup. Kuih legend zaman berzaman!

Bahan-bahan untuk Kuih Siput Rangup:

  • 1 kg tepung gandum.
  • 1 cawan marjerin.
  • 1/2 cawan gula kastor.
  • 3 sudu besar serbuk kari ikan / daging.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 1 biji telur ayam.
  • 1 kotak kecil santan (200ml).
  • Sedikit air sejuk (kocak-kocak dalam bekas kotak santan tadi).
  • Daun kari secukupnya.

Cara-cara membuat Kuih Siput Rangup:

  1. Satukan semua bahan dan uli hingga jadi doh yang lembut.
  2. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika doh terlalu keras.
  3. Gentel-gentel doh menjadi bulat-bulat kecil sehingga habis & terap di atas acuan kuih siput.
  4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan masukkan kuih siput tadi.
  5. Gorengkan dan bila kuih siput hampir nak masak, baru masukkan daun kari.
Baca juga :  Ini Cara Ekspres Dan Jimat Masak Laksa Guna Sardin Dalam Tin

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.