Cara untuk membuat Sambal Bilis Garing yang sesuai dimakan bersama dengan apa sahaja. Sedap sangat!

Buat stok “Sambal Bilis Garing” kalau malas masak lauk. Makan jer nasi dengan sambal ni. Jom cuba Sambal Bilis Garing Ala Sambal Pekat Gitu oleh Puan Mariana Zainal. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 genggam ikan bilis. Goreng sampai garing pastu toskan dan biarkan sejuk.
  • 2 sudu besar gula pasir.
  • 2 sudu besar gula merah.
  • 1 sudu teh garam.
  • Sedikit bahan perasa.
  • 1 keping asam keping.

Bahan-bahan kisar:

  • 40 tangkai cili kering.
  • 3 biji bawang besar.
  • 10 ulas bawang putih.
  • 3 sudu besar ikan bilis yang dah dikopek.
  • 1 dan 1/2 cawan minyak masak.

Kisar semua bahan diatas ini.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan bahan kisar dan asam keping dalam kuali. Masak guna api sederhana.
  2. Bila sambal dah mula mendidih dan naik minyak elok serta bertukar warna masukkan gula, garam dan bahan perasa. Masak sehingga sambal berbuih kecil, berwarna gelap dan pekat.
  3. Tutup api dan biarkan betul-betul sejuk. Bila sambal dah sejuk boleh masukkan ikan bilis yang dah digoreng garing tadi. Cedok atau buang lebihan minyak kemudian boleh simpan dalam bekas.
Baca juga :  Ada peminat k-drama ke kat sini? Jom buat sendiri Tteokbokki (Kek beras) Korea Versi Halal.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.