Cara dan Resepi untuk Membuat Mee Kari Padu bersama kuahnya yang pekat.

Resepi Mee Kari mudah dan sedap untuk anda semua mencubanya sendiri. Selamat mencuba. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti dibawah ini.

Bahan-bahannya adalah:

  • 4 bji bawang merah dikisar.
  • 1 labu bawang putih dikisar.
  • 2 pek serbuk kari daging yang kecil.
  • 1 senduk cili giling.
  • 1 pek 3 sekawan.
  • 2 kiub pati ayam maggi.
  • Fishcake, Fishball dan Tauhu kering secukupnya.
  • Isi ayam atau tulang-tulang ayam.
  • 1 kotak santan 200 ml.
  • Gula & Garam secukupnya.
  • Sedikit air dan ikan bilis segenggam dan dikisarĀ  bersama sedikit air tadi sehingga hancur

Untuk bahan hiasanya pula adalah sepetti berikut:

  • Telur Rebus, Cili merah.
  • Sawi, Taugeh dan Limau kasturi.

Cara-cara untuk membuatnya pula adalah seperti berikut:

  1. Tumis bahan kisar tadi bersama 3 sekawan ,cili kisar dan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau dan masukan ikan bilis yang dah di kisar tadi.
  2. Masukkan batang sawi yang dah di potong, batang sahaja tau. Dun dia jangan masuk sekali dalam kuah ni. Masukkan ayam, fishball dan fishcake.
  3. Masukkan air dan santan secukupnya, kalau nak kuah pekat atau cair pandai-pandai la sukat air jangan terlebih.
  4. Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya. Kalau suka Ajinomoto boleh masukan sedikit.
  5. Akhir sekali masukan tauhu kering. Tunggu sehingga mendidih. Bila dan mendidih tu tandanya dah siap. Boleh la dihidang bersama bahan untuk hiasan tu.
  6. Ikan bilis tu adalah rahsia mee kari yang sedap. Saya pun dapat tips ni dari mak mertua adik yang pernah berniaga mee kari satu ketika dahulu.
Baca juga :  Cara untuk membuat Mee Lidi goreng yang mudah tapi sedap sangat. Terbaik!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.