Cookies M&M ni past menjadi kegemaran anak anda bahkan kita semua. Jom Cuba!

Jom semua kita belajar buat m&m cookies pula. Antara cookies yang simple dan pasti laku keras ni. Asalnya mommy try resepi awal tak berapa crunchy kemudian mommy olah sikit ( try n error) alhamdulillah baru rangup dan best nak makan-makan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nor Azliza Mohamed. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3/4 cawan butter.
  • 1/3 cawan gula kastor.
  • 2/3 cawan gula perang.
  • 1 biji telur ayam dan 1 biji kuning telur sahaja.
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanilla.
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 1/4 sudu kecil baking powder di ayak sekali.
  • 1/3 choc chip mini atau choc rice (optional).
  • Chocolate m&m secukupnya untuk hiasan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mixkan butter bersama gula dan pukul sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan telur bersama kuning telur dan esen vanilla kemudian pukul lagi.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak sedikit demi sedikit hingga habis, kemudian kaup balik hingga sebati.
  4. Kalau adunan agak lembik, boleh tambah 2 sudu besar gandum & masukkan ke dalam fridge selama 30 minit hingga 1 jam.
  5. Keluarkan kemudian sudukan @ gentel bulat-bulat sehingga menjadi doh. Susun atas baking tray dan hiasakan dengan meletakkan choc m&m di atasnya. Bakar pada suhu 160°c selama 15 hingga 20 minit atau mengikut oven masing-masing.
Baca juga :  Cara membuat Kulit Tart yang sangat rangup. Persiapan kuih raya anda pasti akan lebih cepat dan senang.

Dah siap, selamat mencuba dan Happy baking semua.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.