Cara untuk membuat Kuih Siput yang sangat rangup. Kuih legend zaman berzaman!

Kami nak kongsikan kepada anda kudapan bergoreng yang sangat padu dan legend. Zaman dulu-dulu kalau beraya mesti amik sikit letak dalam poket baju kurung atau baju melayu. Betul tak?

Jadi malam tadi punya cerita. Kami buat kuih siput ni untuk menambah hidangan atas meja. Walaupun beraya dengan kaum keluarga musim PKP ni raya kita tetap meriah. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Lina Sahedin. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kilo tepung gandum.
  • 1 cawan mentega.
  • 3 sudu besar cili kering dikisar.
  • 2 sudu besar serbuk kari daging.
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis.
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih.
  • 12 tangkai daun kari dibasuh, dilurut daun kemudian digunting halus.

Campurkan ke semua bahan dan gaul hingga sebati seperti menjadi serbuk roti. Lama sikit gaul pun tak apa asalkan rata dan sebati semua bahan.

  • 1 1/2 cawan santan sederhana pekat.
  • 1 biji telur.
  • Garam ikut rasa dan selera anda.
  • 1 kiub ikan bilis dihancurkan.
Baca juga :  Cara mudah untuk membuat Lepat Labu. Kuih tradisional yang mengimbau kenangan lama.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan ke semua bahan dalam satu bekas dan kacau rata sampai garam larut.
  2. Masukkan tepung sedikit-sedikit dalam bekas dan gaul rata. Uli bagi semua bahan tergaul rata dan adunan lembut bukan lembik. Kalau kurang rata tambah sikit air.
  3. Dah siap uli rata biar adunan sekejap dalam 10 hingga 15 minit. Selepas tu bolehlah menggentel dengan alat khas untuk kuih siput. Buat sampai adunan habis. Nak terus goreng pun boleh atau nak goreng lewat sikit pun boleh. Janji kuih siput digoreng sampai warna menjadi perang ya sahabat untuk menjamin kerangupan.
  4. Dah nak perang tu masuk ler daun kari untuk naikkan wangi.
  5. Dah siap goreng, sejukkan dahulu dan boleh masuk dalam bekas kedap udara. Sebagai hiasan, taburkan beberapa ranting daun kari mengikut citarasa anda.
Baca juga :  Cara untuk membuat Biskut Chocolate Almond yang sangat rangup dan padu. Sedap sangat!

Ok selamat mencuba semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.