Resepi Ikan Siakap masak 3 Rasa. Menu kegemaran semua yang mudah disediakan!

Resepi Ikan Siakap masak 3 Rasa. Menu buka puasa mudah disediakan! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rosmaliza Omar. Selamat mencuba.

Bahan-Bahan yang diperlukan:

  • 1/2 ekor ikan siakap (bahagian ekor) digoreng.
  • 5 ulas bawang putih **.
  • 3 biji lada besar merah **.
  • 1 biji bawang besar **.
  • 1 biji tomato muda **.
  • 4 biji cili padi merah hijau **.
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • 1 keping nenas tin didadu.
  • 2 tangkai bawang putih jeruk (optional).
  • 3 sdb sos cili.
  • Sedikit sos ikan.
  • Daun limau purut atau daun ketumbar.

Cara-cara untuk menyediakannya:

  1. Goreng ikan dan ketepikan.
  2. Bahan-bahan bertanda *** diblend atau ditumbuk kasar kemudian tumis hingga wangi dan masukkan kesemua jenis sos dan sedikit air. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan nenas dadu dan bawang jeruk serta garam dan gula.
  4. Tuangkan kuah atas ikan dan tabur hirisan daun limau purut atau daun ketumbar. Hidangkan
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Sardin anda lebih sedap daripada kebiasaan sehingga ke suapan yang terakhir!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.