Cara untuk membuat Ikan Selayang / Ikan Sardin Rebus Goreng yang membangkitkan selera anda.

Ikan Selayang Rebus Goreng ni sedap makan dengan nasi panas². Ada pulak budu dan ulam. Meme sedak boh! Resepi ini telah dikongsikan oleh Wan Ash. Terima kasih

Resepi budu untuk menyediakan budu; Cili padi dipotong, Bawang merah kecil dipotong nipis, Tomato dipotong dadu, Bunga kantan dihiris nipis, Limau nipis dan Budu cap ketereh. Campurkan kesemuanya sehingga sebati dan sedia untuk dimakan.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk merebus ikan:

  • Nissey/gula kabung 1 keping kecil.
  • Sehiris nipis lengkuas.
  • Sehiris nipis halia.
  • 3 keping asam keping.
  • Garam.
  • Cuka 3 sudu besar.
  • Air 5 sudu besar.

Cara untuk membuat Ikan Selayang Rebus Goreng:

  1. Sediakan ikan selayang sebanyak yang anda mahu. Ada yang panggil ikan sardin.
  2. Susun ikan dalam periuk/kuali. Kemudian masukkan bahan-bahan diatas tadi.
  3. Rebus dengan api kecil sehingga masak. Lebih kurang 20 minit.
  4. Panaskan minyak dan goreng la ikan tadi. Guna api sederhana je. Nanti bila goreng badan ikan nampak sedikit kehitaman. Jangan risau, ni bukan hangit tau. Ni sebab nissey yang kita guna masa rebus ikan tadi.
  5. Dah hampir masak, campakkan bawang yang dihiris. Ni saya guna bawang Holland. Nak guna bawang besar India atau bawang merah kecil pun takde hal. Nak masukkan hirisan cili pun boleh je.
  6. Goreng garing-garing. Dah masak angkat dan toskan minyak. Nampak je macam hangit tapi jangan risau memang tak pahit.
Baca juga :  Cara dan Resepi untuk membuat Punten Makanan Orang Jawa

Sedia untuk dimakan bersama nasi panas dan juga budu tadi. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.